Friday, February 5, 2021

Tidak dibenarkan

Lagu Tema Tahun Baru Cina 2021:

"Tidak dibenarkan"

Upacara sembahyang
- tidak dibenarkan.
Tarian singa, tarian naga
- tidak dibenarkan.

Perarakan tanglung dan chingay
- tidak dibenarkan.
Opera dan pertunjukan pentas
- tidak dibenarkan.

Ziarah rumah ke rumah
- tidak dibenarkan.
Rentas daerah rentas negeri
- tidak dibenarkan.

Rupa-rupanya
semua benda tidak dibenarkan.

Jadi, duduklah diam-diam di rumah
bersama keluarga anda.

Main fesbuk, tonton TV,
Makan, minum, pagi, petang,
Bangun, tidur, bangun, tidur,
di rumah masing-masing.

Buatlah Majlis Makan Besar
secara olok-olok
bersama keluarga kecilmu.

Pura-pura adakan "Reunion"
dengan ahli keluarga yang duduk jauh.

Cuma itu sahaja dibenarkan,
Cuma itu sahaja dibenarkan . . .

"Tidak dibenarkan"
2021.02.05 2204 hrs
#poetrybypengyou #poetry

A Spoonful of Malaysian Magic

An Anthology — A burong descends from Tansang Kenyalang in the midst of a dire catastrophe. A shapeshifter f...